Monday, 16 May 2011

~ wahai insan yg bergelar wanita ~

Assalamualaikum w.b.r

*        Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki , tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan , cinta itu anugerah ..
*        Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu , ia begitu memukul-mukul kepala . Ya , apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki ?
*        Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat , berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan ..
*        Saya mempunyai seorang rakan , sederhana cantik , tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk , tidak terlalu buruk , tidak terlalu jelita , manisnya ada , santunnya memikat orang tua , beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat , dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ..
*        Tetapi saya fikir , saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya .. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu , dan membuatnya selalu terfikir-fikir :  Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki ..
*        Kawan , saya harap dia membaca artikel ini .. Cinta tidak datang dipaksa-paksa .. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya .. Jika kita mahukan ia menjadi air , ia datang seperti api ..
*        Tetapi , jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan , seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga .. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit ..
*        Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap , janggut selambak atau harta membuak-buak ..
*        Tetapi lelaki yang baik , jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat , membimbing kelakuan kita , menjaga kemurnian kalbu bersama-sama , mendidik , membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana , dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ..
*        Dia akan datang apabila tiba masanya .. Lambat atau cepat , maafkan saya , kerana Allah itu yang lebih mengetahui ..
Kawan , kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya .. Dia menyempurnakan kita .. Namun , tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina , selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek , kita sebagai wanita , harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan ..
*        Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat , bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita ..
*        Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita , gadis , yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin ..

*        Ya , lelaki memang mendatangkan bahagia .. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara .. Namun jika kita bijak menatangnya , semuanya pasti baik-baik sahaja .. Itulah adat dalam perhubungan .. Yang buruk-buruk pasti ada ..
*        Barangkali daripada si dia , barangkali juga daripada kita , tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua .. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak , jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa , maka ada baiknya anda menyerah kalah saja ..
*        Walaupun tidak saling memiliki ., dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi , anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa ..
*        Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa .. Bercakap soal kahwin , beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama ..
*        Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian , kini sudah disunting , dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai ..
*        Semoga mereka tak tersalah pilih .. Dan semoga lelaki yang dipilih , melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri ..
                                                                                   Fatimatulsaadiahrashid







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates