Assalamualaikum :)
salam jumaat untuk sume,,sekarang aku nk kongsi pasal terasa hati.. semalam tengah duduk2 aku terfikir pasal terasa hati.. boleh ke kita buat orang terasa dengan kita dan apa hukumnya kalau buat orang terasa,, jeng3x!! aku pon tanpa berlengah terus cari pak cik google.. google punya google aku pon jumpa entry nie dia kata
“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
haaaaa kenapa plak macam tu?kita tak buat pape pon !!~ Maksudnya : Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
yang lebih parah lagi bila kita ceritakan kepada kawan kita pasal seseorang yang buat kita terasa hati dan kawan-kawan kita ceritakan kepada orang lain.. jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.. so kita jangan mudah terasa hati nanti kita tidak redha dengan ujian Allah..
lepas tu aku try tanya orang2 yang lagi berilmu dari aku..
aku : apakah hukum terasa hati ?
dia : itu fitrah manusia cuma jgn terbawa bawa sampai merosak hubungan sesama kita..
aku : kenapa sy baca dosa org yg terasa hati lebih besar dari orang yang buat seseorang tu terasa hati? confius ~.~
dia : tgk juga kesalahan apa yg kita buat dan kpd siapa. Kalau ibu dan ayah yg terasa,memang tak boleh dan wajib minta ampun,, yg paling penting,jgn menyakiti hati sesiapa dan bersangka baiklah dlm apa jua perkara. Maksud fitrah manusia itu ialah apabila kita ditegur dlm kerja atau lain bidang kerana tidak cekap dan sebagainya. Tapi jgn sengaja menyakiti hati sesiapa. Wallahu'alam
aku : terima kasih :)
that's mean kita jangan lah terasa hati dengan seseorang sehingga boleh membawa pergaduhan tidak bertegur sapa dan sebagainya,,kita sebagai manusia secara fitrahnya yang ada hati dan perasaan dan apabila seseorang membuat kita sedih atau berkecil hati kita akan terasa dengan dia.. so kita kena la kawan perasaan kita agar tak terlalu mudah berkecil hati dengan sesiapa sahaja dan berdiam diri itu lebih baik... wallahu'alam =)
redha itu adalah kunci kebahagiaan dan istigfar kunci ketenangan jiwa dan dapat menyelesaikan masalah :)
p/s : saya baru habis baca buku fatimah syarha sebarkan cinta-Mu,, ya Allah bnyak sangat ilmu dalam tu.. kalau ada kelapangan sila la beli dan baca buku tu :)




0 comments:
Post a Comment