assalamualaikum.
selamat pagi. tak keterlaluan kalo aku katakan pukul 11.10 masih selamat pagi kan. dalam keadaan diri yang tak terurus sebab belom mandi lagi aku berusaha untuk menaip satu entry. mungkin agak bosan,aku tetap nak berkongsi. haha
tengah duk beronline dipagi yang indah tadi aku try buka chatbox. aku nie memang la jarang buka chatbox sebab takut ramai org tegur, haha bunyi mcm perasan je kan. memang perasan pon.hehe abaikan kenapa aku malas buka chatbox facebook, itu tak penting utk dikongsi. tengah duk tengok list pengonline mata aku terpandang seorang kawan lama dan aku cepat2 bagi salam kat dia. serious lama tak jumpa dia. last aku jumpa lepas spm,hari tu aku mcm ampak dia tapi dop tahu la dia ke adik dia. haha lepas spm aku dengar dia pergi universiti darul quran. aku saje nak tahu dia belajar kat mane sekarang nie sebab dulu dia dapat 12A masa spm. terer kan !
kalau korang nak tahu dia nie memang dianugerahi oleh Allah otak yang cerdas bijak dan pandai. setakat fizik,kimia,addmath,biologi macam kacang je dia selesaikan. orangnya sangatlah pendiam,kalau dia bercakap Allah memang tak dengar kadang2 rasa jugak mcm nak kenyek-kenyek je dia. haha dia lemah lembut,baik,suka tolong orang especially aku la insan lemah addmath. boleh kata kalau wat addmath 5soalan 1soalan je aku wat sendiri tu pon separuh yang lain serahkan pada yang pakar. wakaka pernah dulu dia dapat 99% dalam addmath. cikgu-cikgu pon memang letak harapan yang tinggi kat dia. addmath aku ? biarlah rahsia. hehe kadang-kadang rasa nak tanye je kat parents dia masa mengandungkan dia bagi makan mende. haha boleh buat tips oh untuk masa depan.
aku rasa dia dapat memahami ilmu-ilmu Allah sebab dia jarang bercakap perkara-perkara yang langho,tak ketawa terbahak-bahak. dia cuma akan tersenyum je, orangye pon penuh dengan ciri-ciri muslimah,selalu tengok dia menghafal al-quran,memang respect lah kat dia. kalau time sekolah ada jugak cikgu-cikgu geram kat dia sebab dia tak bercakap. pendiam sangat. cikgu geram sebab takut nanti bila dah belajar kat uni nak buat presentation susah. cikgu mesti nak yang terbaik untuk anak didik dia kan. takut nanti kena buli. tapi dengar cerita yag tak pasti kesahihannya dia dah bercakap agak kuat sekarang berbanding dulu. usia mematangkan diri bukan.
and now ! aku dapat tahu dia ambik pharmacy dekat asasi uia kat PJ. alhamdulillah. aku tahu dia memang sesuai dalam bidang medik2 nie. dia umpama bunga-bunga yang baik sesuai dengan nama dia bunga yang baik.
oke dah ! aku nak menyucikan diri kang aku jadi bunga yang busuk pulak susah. haha perut pon dah dua hari buat perangai. biasalah perkara normal kankalau perempuan sakit perut. Allah memang sayangkan kaum hawa. alhamdulillah. aku sedang menimbang nak buat apa cuti weekend sampai hari isnin. haha terbaik !




0 comments:
Post a Comment