Friday, 13 April 2012

kawan yang dah lama tak jumpa.

assalamualaikum.

selamat pagi. tak keterlaluan kalo aku katakan pukul 11.10 masih selamat pagi kan. dalam keadaan diri yang tak terurus sebab belom mandi lagi aku berusaha untuk menaip satu entry. mungkin agak bosan,aku tetap nak berkongsi. haha

tengah duk beronline dipagi yang indah tadi aku try buka chatbox. aku nie memang la jarang buka chatbox sebab takut ramai org tegur, haha bunyi mcm perasan je kan. memang perasan pon.hehe abaikan kenapa aku malas buka chatbox facebook, itu tak penting utk dikongsi. tengah duk tengok list pengonline mata aku terpandang seorang kawan lama dan aku cepat2 bagi salam kat dia. serious lama tak jumpa dia. last aku jumpa lepas spm,hari tu aku mcm ampak dia tapi dop tahu la dia ke adik dia. haha lepas spm aku dengar dia pergi universiti darul quran. aku saje nak tahu dia belajar kat mane sekarang nie sebab dulu dia dapat 12A masa spm. terer kan !

kalau korang nak tahu dia nie memang dianugerahi oleh Allah otak yang cerdas bijak dan pandai. setakat fizik,kimia,addmath,biologi macam kacang je dia selesaikan. orangnya sangatlah pendiam,kalau dia bercakap Allah memang tak dengar kadang2 rasa jugak mcm nak kenyek-kenyek je dia. haha dia lemah lembut,baik,suka tolong orang especially aku la insan lemah addmath. boleh kata kalau wat addmath 5soalan 1soalan je aku wat sendiri tu pon separuh yang lain serahkan pada yang pakar. wakaka pernah dulu dia dapat 99% dalam addmath. cikgu-cikgu pon memang letak harapan yang tinggi kat dia. addmath aku ? biarlah rahsia. hehe kadang-kadang rasa nak tanye je kat parents dia masa mengandungkan dia bagi makan mende. haha boleh buat tips oh untuk masa depan.

aku rasa dia dapat memahami ilmu-ilmu Allah sebab dia jarang bercakap perkara-perkara yang langho,tak ketawa terbahak-bahak. dia cuma akan tersenyum je, orangye pon penuh dengan ciri-ciri muslimah,selalu tengok dia menghafal al-quran,memang respect lah kat dia. kalau time sekolah ada jugak cikgu-cikgu geram kat dia sebab dia tak bercakap. pendiam sangat. cikgu geram sebab takut nanti bila dah belajar kat uni nak buat presentation susah. cikgu mesti nak yang terbaik untuk anak didik dia kan. takut nanti kena buli. tapi dengar cerita yag tak pasti kesahihannya dia dah bercakap agak kuat sekarang berbanding dulu. usia mematangkan diri bukan.

and now ! aku dapat tahu dia ambik pharmacy dekat asasi uia kat PJ. alhamdulillah. aku tahu dia memang sesuai dalam bidang medik2 nie. dia umpama bunga-bunga yang baik sesuai dengan nama dia bunga yang baik.

oke dah ! aku nak menyucikan diri kang aku jadi bunga yang busuk pulak susah. haha perut pon dah dua hari buat perangai. biasalah perkara normal kankalau perempuan sakit perut. Allah memang sayangkan kaum hawa. alhamdulillah. aku sedang menimbang nak buat apa cuti weekend sampai hari isnin. haha terbaik !

Wednesday, 4 April 2012

kenapa perlu minggu nie

assalamualaikum.



esok nak balik
tapi ada induksi.
hajat nak balik sampai rabu 
tapi ptptn nak datang isnin selasa minggu depan
kenapa perlu buat induksi minggu nie.
kenapa perlu buat induksi.
kenapa perlu minggu nie.
diri nie dah semangat membilang hari.
eksited kemain lagi.
hari yang ditunggu-tunggu esok tapi
ada halangan.
jasad kat melaka tapi
fikiran dah ada kat terengganu
dah terbayang-bayang makanan yg best2 yang kat melaka xdop
fikiran dah plan macam-macam.
terpaksa kena postponed ke
ke nak balik jer.
runsing,sedih,terkilan,pilu.
baru aku sedar rupa-rupanya bukan senang nak duk jauh.
kena berkorban segala benda.

p/s ~ mungkin keputusan nekad akan di ambil. siapa tahu hari sabtu aku dah ada di terengganu. oh miss mun please give me chance to back home. I begging you. just for a few days. truly sincerely deeply in my heart. 

Saturday, 31 March 2012

bukan sengaja.

assalamualaikum.



serious2 bukan sengaja nak tinggalkan incik blog nie lelama. facebook pon jarang buka,yang selalu on twitter sebab boleh post by phone jer..sangat lama tak update blog. hampir sebulan. wooaa :O lame gilos. dalam sedar tak sedar dah hampir sebulan aku duk kat negeri bandaraya bersejarah nie. memang sangat bersejarah lah kan. so far duk kat sini boleh tahan la. minggu pertama ada minggu ala2 orientasi gitu 3hari je.lepas tu dah mula start kelas yang pack tak berapa pack. mesti korang heran kan kenapa pack tak berapa pack. tiba-tiba semangat pulak nak menulis nie.aku punya kelas pack hari jumaat dengan isnin, selasa,rabu,khamis ada kelas macam tade kelas. selasa satu kelas pukul 8malam sampai 10malam,rabu tade kelas langsung,khamis satu kelas pukul 4.30 sampai 6.30petang. nak anjakkan kelas hari jumaat tu kelas pulak tak cukup almaklumla uitm bandaraya nie cuma banggunan 16tingkat. semua mende masuk kat situ. kelasnya,kafe,pejabat hep,hea semua kat dalam baggunan nie. first time tengok melopong jugak la sebab minda da imagine kampus kat bandar kan mesti la besar, ada banyak fakulti tapi bila sampai alahai. tapi xpelah uitm dihatiku kan so terima jelah as long as dapat belajar.

first tempat aku pergi dengan kawan mahkota parade. bukan main lagi pusing pusing. time nak balik sekali hujan. hajat hati nak g dataran pahlawan tapi dah hujan malas nak berlama-lama ye dak. dengan buku-buku barang-barang berat wooo.dapat baucar terus pergi habiskan tapi habis 50 je.150 lagi habis wat beli buku rujukan. bagus kan saya. thumbs up for myself. haha 

minggu depan saya mau pulang. bukan homesick yee tapi saje nak balik. tamo ngaku rindu umah nie. sebelom lupa kat sini susah sangat nak jumpa goreng pisang sedap. hampehh. rindu kat dungun kat terengganu kat umah kat family,ayah,mak semua . balik nanti nak makan puas-puas. kat sini makananya pelik-pelik. ada ke goreng pisang makan dengan sambal kicap. hailaaa ~ sos dia pon tak sesedap terengganu. rindu dengan pantai nak dengar ombak.. excited tahap dewa nak balik ! 

p/s ~ harap-harap aku dapat belajar dengan bersungguh-sungguh kat sini.. rindu kat dia jugak. haha dah lama oh kita tak jumpa. harap-harap kamu sihat selalu.

Tuesday, 28 February 2012

Masa itu semakin hampir ~

Bismillah assalamualaikum semua :)


Tajuk blog saya di petang yang mulia ini adalah.. haha dah macam nak buat syarahan pulak kan. aku cuma ada lebih kurang 4hari je lagi sebelum aku berangkat ke satu tempat yang jauh dari semua orang.. hehe bunyi macam nak pergi oversea kan ? tidak tidak tidak aku masih tidak mampu untuk pergi ke obersea. mungkin suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke negara idaman aku mungkin dengan suami aku yang terchenta. wah wah wah atau mungkin dengan keluarga aku. insyaAllah !

And and and hari sabtu nie ye ye ye sabtu nie aku akan pergi ke perairan pantai barat semenanjung Malaysia, kat mana kat mana kat Melaka lah. alhamdulillah aku dah selesaikan yuran pengajian aku, dah buat medical check up dah isi borang-borang.. dah lama bercuti nie perasaan pon dah bercampur-campur. ada rasa excited at the same time ada rasa sedih ada jugak rasa takut dan berdebar-debar. excited sebab first time dapat belajar kat negeri orang, sedih sebab dah lama bercuti sayang nak tinggalkan rumah, takut sebab aku sorang-sorang je dapat course human resource dan rasa berdebar-debar sebab ta tau mcm mana environment kat sana =.=

Tadi aku masuk bilik kakak aku, aku ternampak satu gambar masa aku muda mudi dulu.. wah sekarang pon masih muda okay ! aku terjumpa gambar seorang kawan aku,, HAHA kawan ke ? anggapla kawan. aku pon dah tamo ingat hal hal lepas. and and and aku terjumpa something yg aku ingat dah hilang rupa-rupanya masih ada lagi. kenangan lama malas nak ingat. yang lepas biarlah lepas kan. usah di kenang-kenang. 

sepanjang cuti nie ada satu hasrat aku yang tak tertunai. aku nak pergi umah kazen aku. rasa bukan jauh sangat pon umahnya tapi kalau jalan kaki lenguh jugak lah kan. maaf yee sepupu. xdop kenderaan nak pegi. asal petang moto hilang asal petang moto hilang. maklum la moto ada sebijik je, lain la kalo aku ada moto sendiri kan. sebelum kazen kesayangan kita nie pergi insyaAllah saya try pegi umah awak yee. nak tuntut hadiah ! HAHA ada niat tersembunyi nie..

macam mana dengan hasrat aku untuk memiliki sebuah telefon samsung galaxy tab. nampaknya hasrat itu kena tangguh dulu la.. takpe takpe one day nanti aku akan tetap memiliki dirimu. aku dah usaha tapi aku still tak mampu. aku dah berusaha tapi aku still tak mampu. ayat giler sardis kan. ada rezeki lebih nanti boleh la beli kan. hari tu masa tengah belek2 surat khabar ternampak keratan gambar fon tu aduhh la tak dapat nak beli simpan gambar pon oke la.. HAHA sardis sardis sardis ! :P 


oke lah semua saya nak pergi dulu yee nanti kalau ada pape kita jumpa lagi yee. 

p/s ~ hari nie hati nie terasa ghindu sangat kat dia ! Allah tolong sampaikan rasa rindu nie yee. tolong jaga dia untuk saya :') for sure nanti mesti rindu nak jaga anak buah saya nie.yang buat hidup saya tak kering gusi. and for sure jugak saya mesti rindu kat adik bongsu saya and for my lovely parents :') 

Tuesday, 21 February 2012

Alhamdulillah thanks Allah :')

bismillah assalamualaikum :)


terima kasih ya Allah. terima kasih sebab bagi aku dan kawan2 aku peluang untuk sambung belajau.. dalam debor menunggu akhirnya ada jugak rezeki aku dengan kawan-kawan aku. even da terpisah aku harap persahabatan aku dengan diorang akan kekal sampai bila-bila. nampaknya aku dah tercampak dekat negeri yang aku tak pernah jejak. opps tipu la xpernah pernah la sekali masa aku tingkatan 4 ada lawatan kat sana.. alhamdulillah aku dapat sambung dekat Melaka. Macam mana lah agaknya Melaka. dapat ke aku sesuaikan diri kat sana. oh hopefully everything will be fine and cool. insyaAllah. 

kawan-kawan aku semua alhamdulillah ada dapat kat tempat sama Dungun ada yg dapat Kelantan ada yg dapat shah Alam. alhamdulillah thanks Allah.aku harap aku akan dapat tebus balik kesilapan aku masa zaman diploma. degree nie aku nak buat yang terbaik. insyaAllah. cuba jadi yang terbaik untuk semua especially tuk family aku :)

p/s ~ Harap-harap aku akan dapat menimba pengalaman baru di tempat orang. first time mau berhijrah ke negeri orang. semoga semua oke oke aje. hehe :))

Saturday, 18 February 2012

lagu baru ke dah lama

Assalamualaikum..


hehai semua,,, masa aku kerja kat PSI hari tu kan kan kan..budak-budak kat tempat kerja aku suka sangat lagu ku tetap menanti by Nikita Willy.. aku nie yang dah lama tak update otak dengan lagu2 baru dengar lagu tu macam agak best lah kan even lagu dia agak slow dan lambat haha masih jadi yang terbaik duk ulang2 yang tu..tp wat penyedap telinga boleh la :D Sekarang lepas aku dah berhenti kat PSI tu aku search lagu nie kat you tube. korang tahu je la kan. Dalam you tube ada segalanya. haha korang dengar lah yee.. tak pon aku sorang je yang pending lambat dengar lagu nie. heha :D


tuan yang nyanyi lagu nie chomeyyy beteii :) dia berlakon cerita Puteri yang tertukar. hik3x! dengar yee dengar kalo tak dengar aku sumpah korang jatuh tangga.. hahhahaha :D x,x,x,x,x gurau je :P

p/s ~ walau badai menerpa cintaku takkan ku lepas, berikan kesempatan untuk membuktikan ku mampu yang jadi terbaik, dan masih jadi yang terbaik.. PSI ~ Pustaka Seri Intan Dungun :) rindu semua kawan2 kat sana.

Friday, 17 February 2012

kelantan terbaik !

assalamualaikum :)


9hb february 2012 cuti-cuti malaysia di kelantan :D pasir mas tempat bermalam. thanks untuk ma nadira baharum,,jue yang sudi menemani.. and the best part bila dapat naik train even 20 minit dari pasir mas ke tanah merah :D best dan terbaik :)) pergi wedding unimate kuya sofya.. tahniah semoga kekal hingga jannah. insyaAllah amin ya Rabb., pergi ambik berkat mane tahu lepas nie turn aku pulak.. wahahaha :P







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates