Assalamualaikum uoolllssss :)
adakah anda semua tahu bahawa saya sedang bercuti dan menghabiskan cuti cuti saya dirumah? oh for sure anda semua tak tahu. nie yang aku nak bagitahu. tapi cuti midsem tak seindah yang dikhabarkan. mungkin sangat indah bila aku boleh berjalan dengan kawan kawan aku kat masjid kristal sambil merawat hati yang rabak 4hari lepas, tu pon sebab nak bawak kawan kepada kawan aku dia budak sabah nak tengok plus nak melawat terengganu. welcome to Terengganu bihah ! dan mungkin akan jadi indah bila dapat berjalan dengan kekasih hati di tepi pantai sambil membaham ayam kfc ataupon melawat lawat semua kedai tudung atau pergi ekspo sambil mencuci mata.
tapi tu semua dah berlalu. jangan nak berangan lelebih okee. sekarang kena focus, focus untuk study dan buat assignment. assignment never separated from me as a student ! i like i love you assignment. haha poyo aje. lepas cuti nie, presentation akan serang aku, first week nak hadap test finance, presentation human resources. ouhh stress bila fikir. kena lebih gigih dan gigih kalau nak bagi semua kerja setel dan kalau nak senyum lebar bila jawab test dan quiz hr nanti. inshaallah inshaallah.
korang tahu x bukan senang nak hidup sebagai seorang student. semalam adik aku buat perangai xmo pulak balik tempat dia belajar dengan alasan tak best tak sedap dalam hutan tak ada life tak ada kawan. ccould you please stop to give me excuse ? aku faham perasaan dan jiwa seorang remaja lelaki yang berusia 19tahun yang tengah mencari erti hidup. ecece macam aku dah tua. tapi atleast aku dah pernah melalui menjadi seorang anak remaja yang berusia 19tahun. aku tahu jiwa dia memberontak. so aku sebagai seorang kakak terus brainwash dia habis habisan dan aku doakan semoga Allah bukakan pintu hati dia agar terbuka hati nak balik tempat dia belajar. and hari nie bila aku suruh dia pergi belajar, bila aku suarakan suruh beli tiket dia diam dan bersetuju. alhamdulillah thanks Allah. semoga Engkau permudahkan segala urusan adik aku tu inshaallah.
tengah tengah aku duduk sesaje tadi aku terfikir. bila Allah dah temukan pelengkap hidup aku nanti, bila aku dah dirikan sebuah masjid inshaAllah masjid yang kukuh dengan asas asas agama adakah aku akan berhenti kerja atau sebaliknya. dalam fikiran aku kan, aku memang tak nak kerja bila dah kahwin tapi bila aku fikir nanti kalau tak kerja susah lah nak beli barang2 yang kita suka, tak kan nak mintak duit dengan suami kita je kan. tapi wanita yang tak bekerja tak semestinya tak open minded kan. kawan kawan aku mesti akan ternganga dan melopong bila aku cakap aku tak nak kerja bila dah kahwin, diorang cakap nanti duduk rumah kita akan jadi selekeh tak tahu dunia luar and many more. haha actually aku dah fikir atleast sebelom kahwin aku nak kerja nak puaskan keinginan aku dulu inshaAllah. kalau dah kahwin aku akan tengok pendapatan suami aku dulu. kalau dia mampu sara aku dan anak anak kami yang ramai tu aku berhenti lah. jadi suri rumah sepenuh masa kalau tak aku akan bantu suami aku tu. inshaAllah.
sebenarnya jugak aku nie tengah cari bahan nak buat assignment hubungan etnik tapi dah termelalut kat sini. haha oke oke. aku chow dulu okey. for those yang belom siap assignment moh ler kita sama sama berjuang buat assignment sampai lebam. kalau tak lebam boleh lah terjun tingkap rumah masing masing, hoho sape sape yang tengah berjuang study untuk test tu selamat berjaya okey. study smart.
rabbuna yusahhil wa rabbuna najahkum!! fighting fighting! especially untuk awop tu. good luckkkkkkk ! wish kat sini pon boleyh la haha :D
okey lah, maaf salah silap. assalamualaikum :)




2 comments:
amboi. amboi. anak2 yg ramai? nak berlawan dengan akak ke apa ni? heee
hahaha.. lawan akak la nie.. wakaka akak nk cukup satu team bola ke ? :P
Post a Comment