Tuesday, 30 October 2012



                                         Assalamualaikum sahabat sahabat yang diredhai Allah.

Mungkin kerana kerja yang melambak membuatkan aku terasa tertekan. yaa siapa yang tak tertekan bila kerja hampir semua subject yang nak kena submit after midsem break. by hook or by crooks kena lah buat jugak. 

sejak aku duduk kat rumah nie disamping buat kerja aku tengok tv, hampir dua bulan aku tak menonton rancangan-rancangan kat tv nie. cerita melayu cerita cinta kartun semua aku tengok. Semalam aku tengok satu cerita nie cerita melayu tajuk aku kurang pasti. Aku bukan lah seorang pelabel tegar yang suka komen atau melabel manusia dari sikap luaran tapi aku tertanye-tanye kenapa seorang wanita sanggup mendedahkan auratnya didepan orang ramai. Aku tertanya-tanya dalam hati kenapa sanggup memakai pakaian yang sama atau hampir dengan berkemban. tidak malukah anda kepada orang yang melihat anda. 

Tapi aku tidaklah melabel orang yang menutup aurat nie seorang perempuan yang tidak baik, kerana hidayah Allah itu bila-bila masa sahaja Allah boleh bagi. Dan tidak semestinya seseorang yang baik itu tidak pernah melakukan dosa. Aku paling tak suka kalau ada manusia yang melabel seseorang yang teruk-teruk macam "arghh dia tu jahat, mesti dia masuk neraka nanti" Allahu tidakkah anda tahu hanya Allah sahaja yang berhak menentukan siapa hambaNya yang berhak mendapat kemanisan syurga itu. Diakui Syurga itu manis, Neraka itu tempat yang paling jahanam. Siapa yang nak masuk Neraka kan. semua orang pasti merasa ngeri bila diceritakan bagaimana keadaan diNeraka itu dan pasti semua orang tersenyum bila diceritakan bagaimana Syurga itu. Aku seorang hamba Allah yang tak pernah lari dari berbuat kesilapan. kalau budak-budak kelas aku memandang aku sebagai seorang yang baik, yang memikirkan aku bila diorang nak buat tarian Oppa gangnam style yang sememangnya aku akan tolak awal-awal lagi tarian oppa gangnam style tu. aku tak tahu kenapa semua orang suka tarian Oppa gangnam style tu. atau mungkin aku yang terkebelakang untuk melihat betapa menariknya tarian itu. Jangan menganggap aku terlalu baik kerana aku juga seorang manusia yang diakui sering teralpa dan terlalai. Jangan kerana luaran anda memandang saya seorang yang baik. *sigh* 

Aku sering terfikir bagaimana agaknya nanti bila malaikat maut menjemput aku bertemu dengan Sang Pencipta Alam seisi langit dan bumi. sudah bersediakah aku? bagaimana dengan amalan-amalan aku. sudah cukupkah dengan solat aku yang aku sendiri tidak tahu diterima ataupon tidak. sudah sempurnakah auratku ditutup. Kubur aku nanti bagaimana agaknya, sempitkah?luaskah? gelapkah?terangkah? Allahu sebab tu lah Allah menyuruh kita mengingati mati. bilamana jika kita mengingati mati kita akan merasa takut untuk melakukan dosa. yaaa dosa yang dicatit oleh malaikat raqib dan 'Atid. aku hanya seorang pendosa yang masih dalam samar-samar mencari erti hidup. 

Tidakkah semua orang tahu siapa yang menciptakan kita? adakah kita lupa kepada siapa kita akan kembali nanti. teringat dengan cerita dizaman Rasulullah seorang perempuan pelacur yang memberi minum kepada anjing yang dahaga, dan akhirnya dia menjadi ahli syurga. tapi adakah hidup kita berakhir mcm tu. Aku jadi takut dengan dunia zaman sekarang yang bermacam macam cerita masuk dalam surat khabar. Dari cerita kekasih ikut kekasih ke indon kerana sayang atau kerana cinta sehingga melupakan pengorbanan ibubapa mereka, dan cerita anak-anak gadis yang sanggup menjual badan mereka kerana ingin hidup senang dengan cara mudah dan cerita yang sentiasa tidak lekang dalam masyarakat kita cerita bayi yang dibuang oleh ibubapa kandung masing akibat dari perzinaan mereka yang akhirnya anak yang dilahirkan menjadi mangsa. Tidakkah anda merasa berdosa melihat anak yang tidak berdosa, yang susah payah dikandungkan dan dilahirkan yang akhirnya anda buang merata-rata sehingga ada yang dimakan anjing yang dihayutkan kedalam sungai, dibuang di tempat pembuangan sampah semata-mata kerana ingin menutup malu mereka. Tidakkah anda tidak terfikir betapa ramainya pasangan suami isteri yang menunggu hampir berbelas belas tahun untuk mendapatkan zuriat ? 

Jika anda rebah bangunlah dan pandanglah kehadapan,
Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
Dia tidak akan membiarkan kita terkapai-kapai dalam mencari redhanya,
Jangan pernah putus harap padaNya,
Kerana Dia Yang Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu,
Yang semestinya kita sendiri tidak tahu.

salam sayang dan salam kemaafan dariku hamba Allah yang sentiasa mengharapkan redha Ilahi,

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates