Sunday, 28 October 2012

Entry yang paling meletup abad 21.

Assalamualaikum uolsss.

jawab lah salam saya nie. cepat cepat. sape tak jawab dia dosa. wakaka tau takut.

terasa sangat lah lama tak update blog. nak kata sibuk tak lah sibuk sangat. last aku update blog bulan 3 hari tu. wah lama gilos !
sebenarnya aku nie baru pulih dari hati yang rabak. haha rabak lah sangat, mungkin kalo orang dengar cerita aku akan sedih 30 hari 30 malam. ye dak aku nie? tak lah. sebenarnya aku baru lepas tengok cerita hanya 3 hari kat you tube, kenapa kat you tube ? soalan budak budak betei kome nie. of course la sebab aku tak tengok kat wayang, haha cd pon tak beli. hehe 

bila aku tengok cerita tu aku terasa takut pulak nak kawen. sebab apa ? sebab aku rasa mcm belom layak dan tak bersedia nak jadi isteri orang. mungkin kalau kita tengok orang kawen nak nak kalau sebaya dengan kita mesti kita akan rasa wahh bahagianya! wah untungnya! wah syiokknya. itulah kata kata yang akan berlegar dalam kepala hotak aku nie. tapi bila aku fikir fikir, aku kan kalau ada orang masuk minang aku agaknya aku terima tak ? kalau amir khan mungkin aku akan terima. haha *koyya* eh tapi jangan salah faham. setakat nie tak ada lagi orang yang masuk minang aku. haha 

macam cerita hanya 3 hari, diorang kahwin hanya untuk 3 hari. macam tak logik tapi tak mustahil kan ada, sebab zaman sekarang nie macam macam segala menda boleh jadi. tapi aku tak tergamak nak kahwen hanya untuk tiga hari, haishh nak nak kita a.k.a. wanita sebagai isteri nak mintak cerai memang murka la Allah kat isteri isteri yang mitak cerai tu. Allahu !

orang cakap jodoh itu rahsia Allah sepertimana mati tapi kita tak boleh duduk je tunggu jodoh macam tunggu bulan jatuh ke riba. no no no. tak boleh macam tu. kita sebagai hamba Allah kita kena berusaha. macam rezeki, kita kena berusaha mencari rezeki kalau tak rezeki tak kan datang bergolek kan ? *think* 

macam aku nie, bila tegok orang kawen. bahagia aku pon terasa nak kahwen jugak. haha masak pon belom mahir ada hati nak kawen. tapi bila dah kahwin nanti aku boleh belajar kan. mcm lah nak kawin tahun nie kan. aku sesaje fikir mana tahu jodoh aku awal ada orang masuk minang *berangan* semua kawan kawan aku yang sebaya dengan aku dah ramai yang mendirikan masjid. alhamdulillah semoga kalian akan bahagia dunia dan akhirat amin Ya Rabb. kahwin muda tu diberkati Allah tau. tp kalau tak kahwin muda pon diberkati Allah jugak. 

act. aku pon sama macam orang lain. ada impian nak kahwin awal. nak habiskan sisa sisa hidup dengan orang yang kita sayang yang kita cinta. tapi bila tengok keadaan sekarang mungkin aku atau kami kena improve diri untuk jadi yang terbaik untuk diri kami dulu. bak kata orang tua tua kalau ada jodoh insyaAllah tak kemana, mungkin aku patut pegang kata kata tu, setiap hubungan mesti ada turun naik kan. tak semestinya selalu msg selalu call selalu jumpa dia jodoh kita kan. so baiklah aku dan dia habiskan diri dengan dunia masing masing dulu, belajar dulu rajin rajin, jangan putus doa dan harapan. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya.

p/s ~ psssttt psssttt encik jodoh, jangan tunggu lama lama tau. nanti saya dikebas orang. haha macam lah ramai orang yang nak masuk minang. haha koyya sesekali best jugak kan. nanti kalau saya dah jadi isteri orang saya akan jaga suami saya baik baik macam nyawa saya sendiri ! truly indeed *winkwink*

dengarlah lagu nie. bagi aku best tapi bagi korang korang tak tahu lah. dengor lerr sendiri yeee. and mungkin korang tak pernah dengar kisah rumput dan kasih sayang korang try lah search dan baca ea pasti korang akan tersentuh dan akan lebih menghargai apa itu erti kasih dan sayang. chow dulu ! assalamualaikum.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates