Assalamualaikum.
Weekend nie tade pape yang menarik. Semua nampak biasa je sebab dan minggu nie adalah minggu paling rileks sebab tade test. Tapi lecturer bayak bagi kerja. Aku kena siapkan 5 assignment sebelom study week. 3 report, kena siapkan skrip mandarin, kena buat essei mandarin, nak menghafal speech BI lagi, ada test lagi next week. Tapi bak kata orang ramai, kalau dah nama students memang la tak lari dari kerja yang banyak.
Semalam aku pergi majlis ilmu, alhamdulillah aku dapat banyak sangat ilmu kat surau as-syakirin. Seorang ustaz dijemput untuk bagi ceramah pasal isu Palestin. Ada buat sedikit solat hajat, ada kutipan derma, dan ada sedikit jualan. Semoga Allah melindungi dan memberikan keamanan kepada saudara kita disana. Allahu tersentuh hati bila mendengar cerita dari ustaz tersebut, melihat video tentang kekejaman rejim zionis yang tidak berhati perut, membunuh, menindas, meghancurkan rumah-rumah dan lain-lain lagi. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengajar ummatnya menzalimi orang lain. Di dalam islam pon ada adab-adab ketika berperang seperti tidak boleh membunuh orang tua,kanak-kanak, tumbuh-tumbuhan, dan rumah ibadat mereka. Tapi mereka, bom merata-rata tanpa memikirkan kesakitan yang akan dihadapi oleh penduduk Palestin. Ya Allah, bantulah mereka menghapuskan musuh-musuh islam sebagaimana Engkau menghantar pasukan burung ababil untuk menghapuskan pasukan abrahah yang ingin menghancurkan kaabah. :’(
Dugaan yang Allah berikan kepada mereka sangatlah besar kalau nak banding dengan kita kat sini. Mereka disana sudah pasti diberikan nikmat syurga kerana berjihad kerana ingin mempertahankan negara mereka dan ingin mempertahankan Masjid Al-Aqsa iaitu kiblat pertama selepas kaabah. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka. Nak pergi sana kita tak mampu hanya derma dan doa yang hanya mampu dikirim. insyaAllah setiap kebaikan yang kita lakukan didunia akan mendapat syafaat diakhirat kelak. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Yang penting niat ikhlas kerana Allah. insyaAllah.
Hari nie lepas kelas Personal Development aku seorang diri pergi dekat banggunan Mara, hajat hati nak beli pensel tekan je sebab pensel aku dah rosak, cuba bayangkan nie dah kali keempat aku tukar pensel, tapi takpe mungkin sebab Allah nak bg aku sedar yang aku kena jaga pensel aku tu baik-baik. Lepas beli pensel aku tertengok majalah solusi, hati aku terdetik nak beli buku nie by my own money. Biasa aku pinjam akak aku punya. Hehe sekarang aku nak ada koleksi aku sendiri. Lepas bayar aku nak balik teringat stokin aku yang warna hitam dah koyak. Pergi lah aku kedai tingkat atas pilih-pilih stokin dan aku terbeli pulak tudung. Aisyemenn kalau dah nama perempuan memang nafsu nak membeli tu melampau-lampau. Dah siap segalanya aku pon balik.
Jalan yang terbaik apabila jiwa kita dilanda dugaan adalah dengan berkongsi padaNYA, insyaAllah jiwa yang resah akan jadi tenang, jiwa yang sepi akan kembali terisi dan Dia tak akan bosan dengan kita. DIA tahu mana yang terbaik untuk kita sebab DIA kenal kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri. Have faith of Him okeyh.




0 comments:
Post a Comment