Monday, 12 November 2012

Bukan semudah ABC untuk membina semula kepercayaan.

Assalamualaikum.

Rasa dah seminggu aku tak hupdate blog. aku cuma mampu membaca blog blog orang je, especially blog Angelpakaigucci. blog dia terbaik, menusuk kalbu, dan memukau, setiap bait bait kata dia mampu memberikan seribu makna. 

Dua hari aku lost. aku tersasar, aku tersungkur bila rasa diri dikhianati. terasa diri tak berguna terasa diri tak ada pape yang boleh dibanggakan oleh orang-orang kesayangan aku. aku tahu aku seorang yang berfikiran negative. fikir negative lebih banyak dari fikir positive. Dulu aku pernah rasa dikhianati dan rasa itu tersangat pahit. dua hari aku tak lalu makan. Bila ada masalah bila dah terlalu banyak berfikir, aku tengok makanan dah tak rasa pape. and aku teringat perbualan aku dengan sepupu aku seminggu lepas.

M ~ macam mana hidup sekarang? oke?
A ~ alhamdulillah macam gini lah, ada naik turunnya.
M ~ aku tengok kau dah makin berisi. haha
A ~ haha, aku kuat makan sekarang. kau dah makin kurus, nape?
M ~ hurmm, bila fikiran senang tak payah fikir pape nak makan pon berselera kan. 
tak macam aku jiwa kacau hati tak senang.
A ~ hurmm sabar lah yee insyaAllah semua akan oke.

sebenarnya family kazen aku nie parents dia baru bercerai. umi dia baru je lepas kena operates breast cancer. aku tahu perasaan dia sekarang. aku cuma mampu doakan dia dari jauh. sabar yee insyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita tak nampak sekarang.

Macam tu jugak aku rasa dua hari lepas, bila jiwa kacau hati tak senang semua mende kita nak buat jadi terbengkalai. rasa tak tertanggung beban dihati nie. kat sini seriously aku tak ada kawan yang betol-betol baik yang boleh aku berkongsi suka duka atau mungkin aku jenis yang suka simpan perasaan sorang diri. yang aku tahu perasaan aku waktu tu sedih sangat. bila duduk sorang diri terasa lah sebak dalam hati, mula lah mata jadi panas dan berkaca. Aku hanya mampu mengadu pada DIA. aku tahu DIA telah merencana sesuatu yang baik untuk aku untuk kami semua. Aku tahu dia lebih kenal aku dari diri aku sendiri. 

Aku tahu aku takde pape yang boleh dibanggakan. Aku bukan seorang pelajar pintar jauh sekali pelajar cemerlang. Kadang-kadang terasa diri tak berguna tak ada kepentingan untuk sapa-sapa pon. Tapi bila difikirkan sampai bila aku nak berfikiran negative kan. Dua hari yang aku lalui membuatkan aku banyak berfikir. siang dan malam aku berfikir sampai bila aku nak berprasangka buruk kat orang. Dalam sesuatu perhubungan kepercayaan sangatlah penting. tak kiralah pape jenis perhubungan pon. So aku decide aku nekad aku akan buang semua perasaan buruk nie. aku nak bina balik kepercayaan aku, aku nekad sampai bila aku nak terus dibelenggu kewas wasan kan. Dan hari nie aku dah mula buang fikiran negative nie. bukan kerja senang kita nak bina balik kepercayaan kita nie, nak nak bila kepercayaan tu dah dikhianati. Perasaan hati aku ibarat seperti dihiris belati hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa. 

Bila seseorang dah percayakan kita janganlah sesekali kita khianati kepercayaan tu. Dan bukan mudah dan bukan mudah saya ulang sekali lagi bukan mudah nak bina balik kepercayaan tu. Kita harus ingat kejujuran sangat penting dalam semua benda yang kita lakukan. 

~ Alhamdulillah lisan mandarin aku dah selesai, Quiz HR pon dah selesai, tinggal test finance je lagi.
Rabu nie aku balik ! esok cuti depa khamis cuti awal muharam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates