Assalamualaikum.
Tetiba aku terpanggil untuk menulis entry pasal rindu. mungkin sebab aku dah terlampau rindu sampai aku ingin menulis pasal rindu nie. semua orang ada perasaan rindu kan? rindu kat family, kat kawan-kawan, kat semua orang yang kita sayang, rindu sekolah lama eh apasal keluar sekolah lama pulak nie. haha ye ye ada lah sikit rindu kat sekolah lama dulu dulu. Mungkin kadang-kadang rindu nie akan mengcengkam segenap hati dan perasaan kita sampaikan kita tak boleh nak buat pape nak-nak kalau orang tu sudah dijemput Ilahi. kita haruslah bersyukur sebab Allah pinjamkan sedikit rasa rindu tu kat kita semua.
A ~ kau pernah rasa rindu ?
B ~ eh mestilah pernah, orang tak ada akal je xada rasa rindu tau. kenapa kau tanye macam tu ?
A ~ kalau kau rindu apa yang kau buat ?
B ~ mestilah aku bagitahu kat orang yang aku rindu tu.
A ~ biasa kau rindu kat sape ?
B ~ ramaiiii... kat makayah aku, kekasih aku, kawan-kawan aku.
A ~ kalau orang yang kau rindu tu tak rindu kau apa yang kau rasa ?
B ~ of course la aku rasa sakit hati. eh kau tanye aku banyak-banyak pasal rindu nie, kau rindu kat sape?
A ~ *mengeluh* aku pon macam kau, ada rasa rindu tapi aku tak berani nak bagitahu kat orang yang aku rindu tu.
B ~ eh kenapa pulak ? nanti orang yang kau rindu tu tak tahu la yang kau rindu dia.
A ~ biarlah dia tak tahu, aku takut aku akan hilang rasa rindu nie bila aku bagitahu dia yang aku rindu dia.
B ~ eh parah kau nie. habis kalau kau rindu kau buat apa ?
A ~ hurmmm, kalau dulu mungkin aku akan bagitahu yang aku rindu dia sangat-sangat, tapi sekarang bila aku rindu cukuplah aku mengadu kepada Dia agar mengirimkan rasa rindu aku nie kat orang yang aku rindu tu.
B ~ kau rasa puas hati ke bila kau buat macam tu ? apa yang sebabkan kau buat macam tu ?
A ~ *tarik nafas panjang-panjang* dulu aku selalu bagitahu kalau aku rindu seseoranng, satu hari aku pernah bagitahu kat orang yang aku rindu tu yang aku rindu dia. tapi aku kecewa bila dia bagitahu yang rindu dia kat aku dah kurang mungkin sebab dia sibuk dengan kerja dia. sekarang nie bila aku nak bagitahu yang aku rindu dia aku akan fikir banyak banyak kali sebab aku rasa malu nak bagitahu yang aku rindu dia. Kadang-kadang aku rasa takut bila rindu aku nie tak terbalas. dari aku merasa kecewa baiklah aku berdoa agar rasa rindu aku nie terjaga. tulah sebab aku bagitahu kat DIA je biar Allah pelihara rindu aku nie.
B ~ hurmm, aku harap aku akan dapat jadi macam kau. tapi bagi aku kadang-kadang kita bagitahu jugak rindu kita nie agar dia tahu perasaan kita.
A ~ *pandang kelangit* sambil tersenyum. semoga Allah menjaga mu dimana sahaja kau berada.
Ya Allah janganlah kau lebihkan rasa rindu,kasih dan sayang kepada manusia melebihi rasa rindu,kasih dan sayang kepadaMu. Peliharalah rasa ini agar aku akan lebih mengerti apa itu erti kasih dan sayang dan erti rindu yang tak pernah padam dalam hati ini.
salam penuh kerinduan.
0 comments:
Post a Comment