Sunday, 9 December 2012

Perlukan Perubahan

assalamualaikum.


salam isnin. alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan umur aku. Masih mampu menggunakan anggota badan dengan baik. hari nie masih seperti biasa, teruskan pengajian, masih bujang dan belom ada sapa-sapa yang masuk meminang.

stress? tak. aku tak stress. tapi mungkin tertekan.tertekan dengan keadaan sekeliling dengan diri sendiri.aku tak tahu mana silap aku.mungkin aku bukan dilahirkan sebagai seorang perempuan yang mempunyai hati yang kental.

aku masih aku dan aku sendiri tak faham aku nie jenis perangai macam mana. orang cakap kalau nak tahu perangai buruk kita macam mana tanya musuh kita sebab dia akan ceritakan semua keburukan kita. kalau masa boleh diputar mungkin aku akan ubah apa yang sepatutnya aku ubah. 

kenapa kamu boleh assume orang lain seolah olah kamu dah kenal orang tu sejak kecil, kenapa kamu tak nak doakan aku bahagia macam orang lain. tapi bukan sebab tu aku mendiamkan diri. aku diam sebab aku tade pape yang nak dibualkan. bukan aku tak hargai kamu tapi aku tak tahu apa yang nak diperkatakan. 

aku perlukan seseorang yang boleh bagi nasihat yang terbaik untuk aku. dan mungkin aku perlukan seseorang yang boleh meringankan beban aku dan mungkin aku yang terlalu memendam sampai aku dah terasa terbeban. 




berserah dan mengadu pada Dia. inshaAllah Dia akan mengirimkan sesuatu untuk kita.

Saturday, 1 December 2012

Bila Rasa sunyi itu mengcengkam hati.

Assalamualaikum.


Dah hampir 4malam aku tidor keseorangan. Aku bukan lah seorang penakut tegar yang memang akan rasa takut bila malam menjelma.Cuma aku takut bila tidor sorang diri. Aku dapat rasakan akan ada something yang muncul.Mungkin ini adalah khayalan sebab aku suka tengok cerita seram. 

Malam semalam aku mampu tido agak lena. Tapi semalam aku tak tahu la kenapa mata nie susah sangat nak pejam. puas aku cuba pejamkan mata. Aku berzikir,selawat,mengaji tapi tak jugak rasa lelap.Tiba-tiba aku fikir kalau aku duduk uitm dungun mesti aku tak mcm nie kan.

Aku rasa faktor kesunyian itu sebenarnya yang aku tak boleh tidor.Aku terfikir bila aku perlukan someone tak ada sapa sapa pon yang datang.Mungkin Allah nak melatih aku supaya hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain.

yee aku mengaku aku sunyi,aku bosan.Kehidupan kat sini tak sama dengan kehidupan kat dungun. Kat dungun aku ada geng.kat sini tak ada,Kat dungun aku ada kawan-kawan yang boleh mengadu nasib kat sini aku tak ada.Dan kat dungun rumah aku dekat anytime je aku boleh balik.Dan sebenarnya aku rindukan Dungun rindukan rumah :'( 

Kalau budak kecik akan menangis memanggil makayah dia kalau tak boleh tidor aku menangis tak ada nak panggil sapa sapa. And see pagi nie mata aku dah bengkak. HAHA 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (A-li'Imraan 3:200 



Thursday, 29 November 2012

Banyaknyeee Kerja di hujung sem.

Assalamualaikum.


sedar tak sedar kita nie dah nak habis semester dah kan. Masa cepatnyeee berlalu.Sebagai students tak sedak lah kalau tak ambik final dulu hujung sem nie sebelom bercuti. yihaa cuti cuti. Tapi sebelom cuti tu kena berusaha untuk final dulu kan. 

Lecturer pon dekat dekat nak habis nie la dia hentam kitorang dengan assignment. Sorang demi sorang lecturer masuk bagi asgnment dengan test test sekali dia bantai kitorang. Halamak memang terbaik lah kan. 

Take Note :

3/12 ~ test listening 2 mandarinn
4/12 ~ role play finance
9/12 ~ test personal Development 
10/12 ~ test organizational behavior
11/12 ~ submit report finance
 12/12 ~ test finance and bel speech assessment 2
17/12 ~ last presentation OB


terbaikkkkk ! deabakkk. 

jadi nye saya tidak boleh berlengah lengah lagi. kena struggle betol betol beb. Sem nie ada mission nak kena buat. ada aim ada target dan ada goal. 

doakan untuk hamba insan yang lemah nie. doa dari kalian hanya Allah sahaja yang mampu balas.

insyaAllah amen amen Ya Rabb.



Wednesday, 28 November 2012

Bukan Rezeki Aku.


Assalamualaikum.

Sebelum aku memulakan cerita aku nie,aku perlu bertenang sebab aku baru je lepas makan. perut masih kenyang. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

Seperti biasa hari rabu adalah hari yang paling pack dan padat macam bedak compact. kelas dari pagi sampai petang. fuhhhh penat penat. Pagi tadi aku ada speech BEL. BEL nie bukan nama orang tau, tapi nama subject untuk Bahasa Inggeris.Lebih ohsem kan guna singkatan BEL. opss aku termelalut. aku bukan nak cerita apa itu erti BEL. Speech BEL nie memang kena buat betol-betol sebab subject nie takde final test. semuanya based on kita punya performance dalam kelas. Bunyi macam best bukan? tapi sebenarnya tak seindah bunyi. Aku akan buat dua speech, Assessment 1 dengan Assessment 2. Markah untuk Speech 40markah. banyakkkkk bukan?

Aku dah siap menghafal setiap baris speech tu. tiap-tiap malam aku hafal. boleh kata memang aku bagi commitment sebab aku nak markah tinggi. of course lah kan nak markah tinggi kan tak kan nak markah rendah.Aku dapat group nombor 3, nombor giliran aku nombor 4. Dari nombor 1,2,3 dan akhirnya nombor 4. Dengan rasa berdebar cuak dan segala jenis perasaan aku bagun. Selepas bagi salam aku meneruskan speech aku hampir 3 minit. Lepas selesai aku rasa sangat sangat lega, dan aku mendoakan supaya aku dapat  markah yang baik. 

Tak sangka lecturer aku akan terus bagi markah untuk semua budak kelas aku dari group first sampai group nombor 3. semuanya ada 38 orang.Masa lecturer aku membebel bebel aku dapat tengok nama aku yang paling atas. berdebar tu hanya Allah je yang tahu. Lecturer aku cakap dia akan bagitahu markah lepas selesai semua orang perform. Dimulakan dengan nama aku. Fatimatul dapat 18. tersentak bila aku dengar. kecewa pon ada. terasa diri tak berguna pon ada. kenapa aku tak dapat macam orang lain. kenapa aku tak dapat macam yang aku harapkan. Aku still lagi cool. Aku rasa aku dah buat yang terbaik. aku rasa aku dah hafal semuanya. kenapa aku tak dapat markah yang lagi better, yee aku kecewa tapi aku buat macam biasa. Aku kecewa tapi tak tahu nak cakap apa lagi sebab markah dah tertulis. Terasa jugak nak salahkan lecturer tapi aku rasa tak patut aku salahkan lecturer sebab dia tahu mana yang lagi baik untuk student dia. Aku redha dan aku pasrah mungkin tak ada rezeki aku. *senyum*

Aku tak salahkan sesiapa.Mungkin effort aku masih tak cukup nak dapat yang terbaik. Aku tahu Allah nak bagi yang lagi baik selepas nie. Allah nak aku lagi berusaha. 


                                                                 pesanan lecturer 

suara mesti jelas a.k.a kuat
pronoun kena betul
kena ada nada suara jangan terlalu mendatar 
kena ada gaya jangan duduk static je
Please score in your asessment 2 okeyh.



Allah tidak akan membebani hambanya diluar kemampuan hambaNya,.



Friday, 23 November 2012

Bersyukurlah Kita.


Assalamualaikum.

Weekend nie tade pape yang menarik. Semua nampak biasa je sebab dan minggu nie adalah minggu paling rileks sebab tade test. Tapi lecturer bayak bagi kerja. Aku kena siapkan 5 assignment sebelom study week. 3 report, kena siapkan skrip mandarin, kena buat essei mandarin, nak menghafal speech BI lagi, ada test lagi next week. Tapi bak kata orang ramai, kalau dah nama students memang la tak lari dari kerja yang banyak.

Semalam aku pergi majlis ilmu, alhamdulillah aku dapat banyak sangat ilmu kat surau as-syakirin. Seorang ustaz dijemput untuk bagi ceramah pasal isu Palestin. Ada buat sedikit solat hajat, ada kutipan derma, dan ada sedikit jualan. Semoga Allah melindungi dan memberikan keamanan kepada saudara kita disana. Allahu tersentuh hati bila mendengar cerita dari ustaz tersebut, melihat video tentang kekejaman rejim zionis yang tidak berhati perut, membunuh, menindas, meghancurkan rumah-rumah dan lain-lain lagi. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengajar ummatnya menzalimi orang lain. Di dalam islam pon ada adab-adab ketika berperang seperti tidak boleh membunuh orang tua,kanak-kanak, tumbuh-tumbuhan, dan rumah ibadat mereka. Tapi mereka, bom merata-rata tanpa memikirkan kesakitan yang akan dihadapi oleh penduduk Palestin. Ya Allah, bantulah mereka menghapuskan musuh-musuh islam sebagaimana Engkau menghantar pasukan burung ababil untuk menghapuskan pasukan abrahah yang ingin menghancurkan kaabah. :’(

Dugaan yang Allah berikan kepada mereka sangatlah besar kalau nak banding dengan kita kat sini. Mereka disana sudah pasti diberikan nikmat syurga kerana berjihad kerana ingin mempertahankan negara mereka dan ingin mempertahankan Masjid Al-Aqsa iaitu kiblat pertama selepas kaabah. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka. Nak pergi sana kita tak mampu hanya derma dan doa yang hanya mampu dikirim. insyaAllah setiap kebaikan yang kita lakukan didunia akan mendapat syafaat diakhirat kelak. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Yang penting niat ikhlas kerana Allah. insyaAllah.

Hari nie lepas kelas Personal Development aku seorang diri pergi dekat banggunan Mara, hajat hati nak beli pensel tekan je sebab pensel aku dah rosak, cuba bayangkan nie dah kali keempat aku tukar pensel, tapi takpe mungkin sebab Allah nak bg aku sedar yang aku kena jaga pensel aku tu baik-baik. Lepas beli pensel aku tertengok majalah solusi, hati aku terdetik nak beli buku nie by my own money. Biasa aku pinjam akak aku punya. Hehe sekarang aku nak ada koleksi aku sendiri. Lepas bayar aku nak balik teringat stokin aku yang warna hitam dah koyak. Pergi lah aku kedai tingkat atas pilih-pilih stokin dan aku terbeli pulak tudung. Aisyemenn kalau dah nama perempuan memang nafsu nak membeli tu melampau-lampau. Dah siap segalanya aku pon balik.


Jalan yang terbaik apabila jiwa kita dilanda dugaan adalah dengan berkongsi padaNYA, insyaAllah jiwa yang resah akan jadi tenang, jiwa yang sepi akan kembali terisi dan Dia tak akan bosan dengan kita. DIA tahu mana yang terbaik untuk kita sebab DIA kenal kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri. Have faith of Him okeyh. 


Monday, 12 November 2012

Bukan semudah ABC untuk membina semula kepercayaan.

Assalamualaikum.

Rasa dah seminggu aku tak hupdate blog. aku cuma mampu membaca blog blog orang je, especially blog Angelpakaigucci. blog dia terbaik, menusuk kalbu, dan memukau, setiap bait bait kata dia mampu memberikan seribu makna. 

Dua hari aku lost. aku tersasar, aku tersungkur bila rasa diri dikhianati. terasa diri tak berguna terasa diri tak ada pape yang boleh dibanggakan oleh orang-orang kesayangan aku. aku tahu aku seorang yang berfikiran negative. fikir negative lebih banyak dari fikir positive. Dulu aku pernah rasa dikhianati dan rasa itu tersangat pahit. dua hari aku tak lalu makan. Bila ada masalah bila dah terlalu banyak berfikir, aku tengok makanan dah tak rasa pape. and aku teringat perbualan aku dengan sepupu aku seminggu lepas.

M ~ macam mana hidup sekarang? oke?
A ~ alhamdulillah macam gini lah, ada naik turunnya.
M ~ aku tengok kau dah makin berisi. haha
A ~ haha, aku kuat makan sekarang. kau dah makin kurus, nape?
M ~ hurmm, bila fikiran senang tak payah fikir pape nak makan pon berselera kan. 
tak macam aku jiwa kacau hati tak senang.
A ~ hurmm sabar lah yee insyaAllah semua akan oke.

sebenarnya family kazen aku nie parents dia baru bercerai. umi dia baru je lepas kena operates breast cancer. aku tahu perasaan dia sekarang. aku cuma mampu doakan dia dari jauh. sabar yee insyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita tak nampak sekarang.

Macam tu jugak aku rasa dua hari lepas, bila jiwa kacau hati tak senang semua mende kita nak buat jadi terbengkalai. rasa tak tertanggung beban dihati nie. kat sini seriously aku tak ada kawan yang betol-betol baik yang boleh aku berkongsi suka duka atau mungkin aku jenis yang suka simpan perasaan sorang diri. yang aku tahu perasaan aku waktu tu sedih sangat. bila duduk sorang diri terasa lah sebak dalam hati, mula lah mata jadi panas dan berkaca. Aku hanya mampu mengadu pada DIA. aku tahu DIA telah merencana sesuatu yang baik untuk aku untuk kami semua. Aku tahu dia lebih kenal aku dari diri aku sendiri. 

Aku tahu aku takde pape yang boleh dibanggakan. Aku bukan seorang pelajar pintar jauh sekali pelajar cemerlang. Kadang-kadang terasa diri tak berguna tak ada kepentingan untuk sapa-sapa pon. Tapi bila difikirkan sampai bila aku nak berfikiran negative kan. Dua hari yang aku lalui membuatkan aku banyak berfikir. siang dan malam aku berfikir sampai bila aku nak berprasangka buruk kat orang. Dalam sesuatu perhubungan kepercayaan sangatlah penting. tak kiralah pape jenis perhubungan pon. So aku decide aku nekad aku akan buang semua perasaan buruk nie. aku nak bina balik kepercayaan aku, aku nekad sampai bila aku nak terus dibelenggu kewas wasan kan. Dan hari nie aku dah mula buang fikiran negative nie. bukan kerja senang kita nak bina balik kepercayaan kita nie, nak nak bila kepercayaan tu dah dikhianati. Perasaan hati aku ibarat seperti dihiris belati hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa. 

Bila seseorang dah percayakan kita janganlah sesekali kita khianati kepercayaan tu. Dan bukan mudah dan bukan mudah saya ulang sekali lagi bukan mudah nak bina balik kepercayaan tu. Kita harus ingat kejujuran sangat penting dalam semua benda yang kita lakukan. 

~ Alhamdulillah lisan mandarin aku dah selesai, Quiz HR pon dah selesai, tinggal test finance je lagi.
Rabu nie aku balik ! esok cuti depa khamis cuti awal muharam.

Thursday, 1 November 2012

RINDU.

Assalamualaikum.

Tetiba aku terpanggil untuk menulis entry pasal rindu. mungkin sebab aku dah terlampau rindu sampai aku ingin menulis pasal rindu nie. semua orang ada perasaan rindu kan? rindu kat family, kat kawan-kawan, kat semua orang yang kita sayang, rindu sekolah lama eh apasal keluar sekolah lama pulak nie. haha ye ye ada lah sikit rindu kat sekolah lama dulu dulu. Mungkin kadang-kadang rindu nie akan mengcengkam segenap hati dan perasaan kita sampaikan kita tak boleh nak buat pape nak-nak kalau orang tu sudah dijemput Ilahi. kita haruslah bersyukur sebab Allah pinjamkan sedikit rasa rindu tu kat kita semua.



A ~ kau pernah rasa rindu ?
B ~ eh mestilah pernah, orang tak ada akal je xada rasa rindu tau. kenapa kau tanye macam tu ?
A ~ kalau kau rindu apa yang kau buat ?
B ~ mestilah aku bagitahu kat orang yang aku rindu tu.
A ~ biasa kau rindu kat sape ?
B ~ ramaiiii... kat makayah aku, kekasih aku, kawan-kawan aku.
A ~ kalau orang yang kau rindu tu tak rindu kau apa yang kau rasa ?
B ~ of course la aku rasa sakit hati. eh kau tanye aku banyak-banyak pasal rindu nie, kau rindu kat sape?
A ~ *mengeluh* aku pon macam kau, ada rasa rindu tapi aku tak berani nak bagitahu kat orang yang aku rindu tu.
B ~ eh kenapa pulak ? nanti orang yang kau rindu tu tak tahu la yang kau rindu dia.
A ~ biarlah dia tak tahu, aku takut aku akan hilang rasa rindu nie bila aku bagitahu dia yang aku rindu dia.
B ~ eh parah kau nie. habis kalau kau rindu kau buat apa ?
A ~ hurmmm, kalau dulu mungkin aku akan bagitahu yang aku rindu dia sangat-sangat, tapi sekarang bila aku rindu cukuplah aku mengadu kepada Dia agar mengirimkan rasa rindu aku nie kat orang yang aku rindu tu.
B ~ kau rasa puas hati ke bila kau buat macam tu ? apa yang sebabkan kau buat macam tu ?
A ~ *tarik nafas panjang-panjang* dulu aku selalu bagitahu kalau aku rindu seseoranng, satu hari aku pernah bagitahu kat orang yang aku rindu tu yang aku rindu dia. tapi aku kecewa bila dia bagitahu yang rindu dia kat aku dah kurang mungkin sebab dia sibuk dengan kerja dia. sekarang nie bila aku nak bagitahu yang aku rindu dia aku akan fikir banyak banyak kali sebab aku rasa malu nak bagitahu yang aku rindu dia. Kadang-kadang aku rasa takut bila rindu aku nie tak terbalas. dari aku merasa kecewa baiklah aku berdoa agar rasa rindu aku nie terjaga. tulah sebab aku bagitahu kat DIA je biar Allah pelihara rindu aku nie.
B ~ hurmm, aku harap aku akan dapat jadi macam kau. tapi bagi aku kadang-kadang kita bagitahu jugak rindu kita nie agar dia tahu perasaan kita. 
A ~ *pandang kelangit* sambil tersenyum. semoga Allah menjaga mu dimana sahaja kau berada.



Ya Allah janganlah kau lebihkan rasa rindu,kasih dan sayang kepada manusia melebihi rasa rindu,kasih dan sayang kepadaMu. Peliharalah rasa ini agar aku akan lebih mengerti apa itu erti kasih dan sayang dan erti rindu yang tak pernah padam dalam hati ini. 

salam penuh kerinduan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates